KUALA LUMPUR – Auto Bavaria sebagai rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia telah menyediakan bilik pameran moden dan perkhidmatan terbaharu yang telah dinaik taraf di bilik pameran Chan Sow Lin (CSL) di sini hari ini.
Bilik pameran mempunyai keluasan sebanyak 35,000 kaki persegi meliputi tingkat bawah dan pertama serta menyediakan ruang luas untuk pelanggan meneroka kemudahan hebat dan berteraskan yang tersedia.
“Sejurus memasuki bilik ini, pelanggan akan melalui ruang yang diserikan dengan hiasan kontemporari, kemudahan untuk pelanggan seperti pentas perundingan pelanggan dan hospitaliti utama, bar dan ruang rehat BMW yang mana pelanggan boleh beristirehat dan menyegarkan diri semasa di sini.
“Kami juga akan menampilkan ruang khas untuk Alat Ganti, Aksesori dan Gaya Hidup untuk membolehkan pelanggan melakukan pemerhatian bagi pembaharuan kenderaan atau meneroka rangkatan barangan BMW @ MINI yang ikonik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, pembaharuan ini menunjukkan komitmen BMW untuk memajukan mobiliti individu premium melalui peningkatan yang berterusan.
“Kami turut komited untuk menambah baik perkhidmatan dan kemudahan bilik pameran serta penambahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik.
“Auto Bavaria CSL juga akan terus berdedikasi untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka serta memberi usaha yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan Sheer Driving Pleasure,” katanya.
Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan pula berkata, kemudahan asas seperti Ruang Jalan, Ruang Perkhidmatan Perundingan, Kawasan Penerimaan Kereta (RATC) dan Kawasan Serahan Pelbagai Fungsi disediakan secara strategik untuk memudahkan pelanggan.
“Auto Bavaria CSL akan memainkan peranan aktif untuk meningkatkan aksesibiliti terhadap infrastruktur pengecas dengan menyediakan kemudahan pengecas arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) di sini.
“Kami akan menegaskan visi dan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti elektrik di Malaysia, dengan lebih 2,020 kemudahan pengecas kini tersedia di seluruh negara yang dikuasakan oleh kerjasama utama dengan pembekal pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan,” jelasnya lagi. – MalaysiaGazette