Warga KUIPs memasak bubur lambuk.

PAUH – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) mengedar  lebih 200 bekas bubur lambuk kepada warga kampus dan penduduk sekitar.

Yang Dipertua MPP KUIPs, Roshaizam Izuddin Abd Ghani, 22 berkata, penyediaan bubur lambuk ini hasil kutipan ahli MPP dan sumbangan orang awam.

“Sebelum ini, kami telah menyediakan nasi dan lauk untuk sahur tetapi selepas perbincangan dengan rakan-rakan, kami memutuskan untuk masak bubur lambuk.

“Bubur lambuk yang telah siap dimasak ini seterusnya akan diagihkan kepada warga KUIPs dan orang ramai.

“Memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun hanya dengan sebiji tamar atau segelas, maka dia mendapat pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa tersebut,” ujarnya.

Roshaizam bersama rakan-rakan MPP juga mendapat kerjasama peniaga berhampiran kampus yang juga merupakan ibu kepada pelajar kampus, Norlina Abd Kadir, 47 dalam program ini.

“Moga semua pihak yang memberi sokongan dalam program ini akan mendapat balasan pahala,” kata Roshaizam lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast