M. Kumar menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 217 tahun 2024 peringkat negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – 14 lagi laporan polis berhubung insiden penggunaan kalimah Allah pada stoking di negeri ini yang tular dalam kejadian itu.

Ketua Polis negeri, Komisioner M Kumar berkata, sebelum ini 11 laporan polis telah diterima berkaitan isu sama.

Ia menjadikan keseluruhan laporan polis yang diterima di negeri ini adalah sebanyak 25.

Katanya satu laporan polis juga diterima dari pihak Kilang terbabit berhubung ancaman yang diterima.

“Buat masa jni pihak  polis masih lagi dalam proses merakam percakapan saksi yang lain.  Wakil kilang juga telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada Sabtu lalu.

“Dalam laporan itu wakil kilang memberitahu pihaknya menerima satu  ugutan di hadapan kilang di Taman Perindustrian Sri Gading dibuat secara bersemuka pada 19 Mac lalu.

“Bagaimanapun laporan itu dilakukan  selepas video ancaman tular di media sosial. Kita sedang mengamati kandungan media sosial yang tular. Kes disiasat dibawah seksyen 506 kanun keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke 217 tahun 2024 peringkat negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Dalam pada itu, Kumar menafikan dakwaan pihak polis lambat membuat serbuan ke atas premis kilang, yang terlibat dalam kontroversi penggunaan kalimah Allah pada sarung kaki.

Katanya pihak polis melakukan tindakan pantas selepas dikenalpasti dan risikan dibuat.

” 40 pegawai dan anggota ditugaskan membuat pemeriksaan diseluruh dan segenap ruang kilang terbabit. Jadi tiada istilah pihak polis lambat dalam melakukan tindakan itu,”tegasnya.-MalaysiaGazette

 

Caption: M.Kumar menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 217 tahun 2024 peringkat negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast