Keadaan Hilux yang dinaiki Ahli Parlimen Rantau Panjang itu selepas terlibat kemalangan. Ihsan Foto: Polis

AMPANG JAYA : Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff alami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Antarabangsa, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian yang berlaku jam 5.08 petang itu melibatkan sebuah 4×4 jenis Hilux dan kereta Mazda.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku semasa hujan lebat dan kereta Mazda yang tiba-tiba datang dari arah bertentangan itu terus masuk ke laluan pemandu Hilux, menyebabkan berlakunya pertembungan antara dua kenderaan.

Keadaan kereta Mazda yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Hilux di Bukit Antarabangsa, kelmarin.

“Akibat daripada kemalangan ini, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan manakala mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital untuk menerima lawatan lanjut.

“Pemandu dan penumpang Hilux terdiri daripada empat ahli keluarga dan salah seorang penumpang adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Azam berkata, kemalangan itu berlaku apabila mereka dalam perjalanan ke Puchong untuk menghadiri majlis berbuka puasa.

“Mangsa yang cedera ringan telah menerima rawatan di Zon Kuning Jabatan Kecemasan Hospital Ampang dan diberi kebenaran untuk pulang pada hari yang sama.

“Saksi yang melihat kejadian ini diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast