Ir. Razali Kassim

KUANTAN – Kesesakkan jalan di Jalan Pintasan Bukit Setongkol menuju ke Tanjung Lumpur, Kuantan ketika waktu pucak perlu di atasi segera.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Ir. Razali Kassim berkata, langkah tersebut akan diatasi dengan membuka laluan ‘jejambat’ Jambatan Putra yang menghubungkan jalan itu sebelum hari raya Aidilfitri ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan tinjauan dalam waktu terdekat bagi memastikan jejambat itu boleh beroperasi sebelum ia dirasmikan.

“Maklumat pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di mana surat perakuan siap kerja dah dapat, makanya cawangan jalan akan buat permohonan dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk membuka laluan itu.

“Saya pun dah minta pihak JKR seboleh-bolehnya flyover dibuka sebelum raya ini untuk untuk digunakan  mengurangkan kesesakkan lalu lintas.

“Kiranya kita tunggu pihak JKR dapat kebenaran dan KKR untuk membenarkan membuka laluan tersebut walaupun secara tidak rasmi, buka laluan dulu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Laluan tersebut akan mengurangkan kesesakkan aliran trafik di samping memendekkan perjalanan penduduk di sekitar Bukit Setongkol, Cenderawasih, Indera Mahkota ke seberang Tanjung Lumpur, Sungai Soi dan kawasan berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast