Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR – Sistem yang digunakan oleh Pangkalan Data Utama (PADU) mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diiktiraf peringkat antarabangsa.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, setiap data yang dimasukkan kedalam sistem berkenaan adalah berunsurkan encrypted built-in – pembinaan paling sulit dan sukar untuk digodam.

“Setiap data yang didaftarkan di PADU adalah encrypted maksudnya kalau ada yang berjaya memecah masuk (sistem PADU) dan memuat turun fail seperti yang disebut security breach (pelanggaran keselamatan).

“Fail (data) yang didapati itu perlu dycrypt dan kecualilah penggodam itu ada super komputer yang boleh jalankan proses drypt setiap data adalah gibberish (tidak berguna) kerana ia encrypted,” katanya di Dewan Rakyat  hari ini.

Rafizi berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) yang ingin tahu apakah mekanisme untuk meningkatkan dan mempercepatkan pendaftaran rakyat Malaysia terhadap PADU.

Dalam pada itu, terdapat lebih dua juta percubaan untuk mengakses data yang terdapat dalam PADU dalam tempoh seminggu dan berjaya dipatahkan oleh kerajaan.

“Ia masih lagi tidak berjaya ditembusi, sudah tentu ada perkara yang kita kena imbangi dan kita tidak benarkan akses daripada luar negeri kerana setakat ini rekod yang cuma menggodam adalah daripada luar negara,” katanya lagi.

Sehingga semalam, seramai 8,093,336 individu sudah mendaftar dalam sistem PADU merangkumi 36.8 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini. – MalaysiaGazette