KUALA LUMPUR – Jenama makanan sejuk beku terkenal, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB Frozen) menawarkan ‘duit raya’ bernilai RM25,000 melalui peraduan ‘Buy and Win’ bertemakan Hoora Hooray Raya.

Eksekutif Pemasarannya, Nurul Fatihah Jamil berkata, tawaran istimewa itu dibuka kepada semua pelanggan produk jenama ini melalui pembelian sebanyak RM50 dan keatas bagi mana-mana produk keluaran EB.

“Orang ramai tidak harus melepaskan peluang meraih hadiah berkenaan sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Peraduan Buy and Win bertemakan Hoora Hooray Raya yang bermula sejak 8 Mac lalu turut menawarkan hadiah lain termasuk wang tunai bernilai RM1,000 untuk lima pemenang, PS5, Insta 360 Go 3, Wet & Dry Vacuum, Instax Camera, RM50 TnG E Wallet,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Nurul Fatihah memberitahu, bagi berkongsi keberkatan Ramadan kali ini agar lebih bermakna, EB Frozen turut meneruskan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam meraikan pelanggan mereka.

“Kami akan mengedarkan kira-kira 5,000 pek bubur lambuk berserta produk keluaran EB iaitu Tempura Chicken Nugget kepada orang ramai.

“Bagi mereka yang ingin menyertai program ini anda hanya perlu bertemu dengan pasukan kami di pasaraya yang terpilih sekitar Lembah Klang sepanjang bulan Ramadan.

“Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial EB Frozen Food untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai aktiviti menarik yang dijalankan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast