KUALA LUMPUR – Seorang wanita cedera selepas kereta yang dinaikinya dihempap pokok kelapa sawit di Jalan Sungai Duri, Sungai Jawi, Pulau Pinang semalam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Muhammad Faizal Yusop berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.58 petang.
“Seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dikejarkan ke lokasi. Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya.
Menurut Faizal, mangsa telah diberikan rawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi menerima rawatan lanjut.
Kerja-kerja pemotongan pengalihan pokok telah dilakukan menggunakan peralatan khas.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 4.42 petang. – MalaysiaGazette