Model SU7 Xiaomi yang dipamerkan di Beijing, China tahun lalu.

BEIJING- Xiaomi, pengeluar elektronik pengguna pintar terkenal di China kini menyertai pasaran kereta elektrik yang berkembang pesat di China.

Syarikat teknologi itu akan mula menerima tempahan untuk SU7, sebuah sedan empat pintu yang sporty, kata pengasas Xiaomi, Lei Jun di Beijing pada petang Khamis.

Kereta itu akan dijual pada harga  215,900 yuan (AS$40,000, RM141,000).

Subsidi kerajaan telah membantu menjadikan China pasaran terbesar di dunia untuk kenderaan elektrik, dan sekumpulan pembuat baharu berada dalam persaingan yang sengit.

Kebanyakan jualan industri adalah dalam negeri, tetapi pembuat China memasuki pasaran luar negara dengan model harga lebih rendah, menimbulkan potensi cabaran kepada gergasi kereta Eropah, Jepun dan Amerika Syarikay

Menjelang pelancaran SU7 pada bulan Disember ini, Xiaomi yang berpangkalan di Beijing menyasarkan untuk menjadi salah satu daripada lima pembuat kereta terbaik dunia dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast