JOHOR BAHRU – Seramai 63 warga asing termasuk tiga majikan warga tempatan ditahan dalam serbuan melibatkan pusat hiburan di Taman Mount Austin di sini awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, dalam serbuan itu, seramai 93 orang telah diperiksa.
“Hasilnya 63 individu kita tahan berumur 19 hingga 49 tahun merupakan 48 wanita, dua lelaki Vietnam,tiga lelaki warga Thailand, dan seorang perempuan dan lelaki warga Indonesia selain dua perempuan warga China dan seorang lelaki Nepal.
“Kesemua mereka disyaki merupakan pelayan dan pekerja di premis itu sendiri. Wanita-wanita ini diminta menemani pelanggan minum bersama,” katanya.
Mereka dan dibayar RM20 untuk setiap pesanan minuman sebagai tips.
Pemeriksaan mendapati, wanita-wanita itu tidak memiliki sebarang pas atau memiliki permit sah untuk tinggal di Malaysia.
Kesemua warga asing yang ditahan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) ( c ) tidak memilik sebarang pas atau permit sah, Seksyen 15 (1) (c) iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas ditetapkan.
Manakala warga tempatan ditahan didakwa mengikut Seksyen 56(1) (d) Akta Imigresen 1959 / 63 (Akta 155) kerana melindungi warga asing.
Kesemua tahanan warga asing dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut.- MalaysiaGazette