Kereta yang dipandu penuntut IPT awam remuk setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori.

KOTA TINGGI – Akibat hilang kawalan seorang pelajar wanita di sebuah institut pengajian awam cedera parah selepas kereta dipandunya merempuh sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Kota Tinggi-Kulai semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kejadian 4.30 petang itu melibatkan mangsa berusia 19 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di bahagian penumpang depan SUV Toyota Rush dengan sebuah lori Nissan UD dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun.

“Dalam kemalangan itu penuntut berkenaan  mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan telah pun dirujuk ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan.

“Sementara itu penumpang lelaki hadapan SUV tersebut pula mengalami cedera ringan di bibir dan tangan kiri manakala pemandu dan kelindan lori tersebut cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya kes itu masih dalam siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan 1987.

Jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 sehingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara sehingga 12 bulan.

Dalam pada itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang telah ditetapkan.

Terdahulu tular satu video berdurasi 25 saat yang memaparkan SUV berkenaan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh lori berkenaan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast