Logo Jabatan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Kimanis di Sabah masih merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 11 pagi ini.

Ia adalah satu-satunya kawasan yang tidak sihat.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU jam 11 pagi adalah 157, berbanding 176 tengah malam tadi.

IPU Kimanis mula merosot kepada 175 pada jam 1 pagi dan 161 pukul 6 pagi tadi.

IPU berskala 0-50 dikategorikan sebagai sihat; 51-100 (sederhana); 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). – MalaysiaGazette