Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melihat pelan ukuran tapak cerapan sebelum melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop bagi menetapkan bulan Syawal semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 JUN 2019

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah.

““Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan MohorBesar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijriah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.

Menurutnya, sebanyak 29 lokasi di seluruh negara telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut.

Kawasan-kawasan tersebut ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu dan Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; . Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar.

Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kelantan; Pusat Falak Miri,Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Menara Kuantan 188; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya 2.29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen. – MalaysiaGazette