KUANTAN – Lebih 1,000 warga Paya Besar mengenakan pakaian putih untujk bertadarus Al-Quran di Masjid Saidina Othman Affan Bukit Rangin, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Shahar Abdullah berkata, tema putih itu menandakan kebersamaan umat Islam dalam mejadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pegangan hidup dalam memakmurkan dan membangunkan bersama kawasan itu.
Tambahnya Al-Quran perlu menjadi jantung kepada keluarga dan tikar sejadah perlu menjadi silaturahim kekeluargaan melalui solat jemaah.
“Tidak ada yang lain mengharapkan generasi yang mendatang ini perlu kita bangunkan dan generasi hari ini mempunyai peranan yang besar untuk memastikan mereka berupaya menterjemahkan kekuatan kekeluargaan itu dalam asa pembangunan setempat,” katanya.
Shahar mengharap masyarakat menjadikan Al -Quran dan solat berjemaah sebagai elemen utama dalam memastikan penduduk di Paya Besar tidak terpinggir dari arus pembangunan dan mempunyai perisai daripada masalah atau cabaran masa akan datang.
Beliau mencadangkan agar semua kembali balik kepada asas agama dengan menjadikan Al-Quran sebagai pegangan dan solat jemaah mengeratkan hubungan kekeluargaan sebagai rencam warna-warni dalam kehidupan.
“Sekiranya dua elemen tersebut dapat dijadikan sebagai asas dalam pembangunan kekeluargaan, sudah pasti ia akan menjadi perisai dalam generasi akan datang membangunkan negara dan genarasi rabbani’” tambahnya.
Pada majlis yang tirit dihadiri pelajar tahfiz , peserta membacakan Al-Quran beramai-ramai seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Shahar berhasrat untuk menjadikan majlis tersebut sebagai program tahunan bagi kawasan tersebut dengan penyertaan skala yang lebih besar.
Sementara itu, beliau mengumumkan peruntukkan sebanyak RM200,000 diberikan kepada Masjid Saidinina Othman Affan bagi pengindahan masjid berkenaan. – MalaysiaGazette