Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mensasarkan 12 juta pelancong menerusi Tahun Melawat Johor 2026, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, menerusi Belanjawan Johor 2024, sebanyak RM67.6 juta telah diperuntukkan bagi penambahbaikan infrastruktur pelancongan di Negeri Johor.

“Inisiatif ini sangat penting dalam memastikan kesediaan Johor menerima pengunjung dan pelancong bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.

“Semoga jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan MOTAC serta agensi berkaitan dapat menjadikan Johor sebagai sebuah destinasi pelancongan utama negara. Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) kerana memilih Forest City, Johor sebagai lokasi penganjuran ASEAN Tourism Forum yang bakal diadakan pada 19 hingga 25 Januari 2025.

“Acara yang berprestij yang melibatkan semua menteri pelancongan ASEAN ditambah dengan kehadiran Negara China itu telah dibincangkan semasa perjumpaan dengan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sempena lawatan kerja beliau serta pasukannya di Johor.

“Selain itu, perbincangan saya bersama beliau turut menjurus kepada perincian dan hala tuju dalam mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026 itu nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast