Pihak bomba melakukan operasi memadamkan kebakaran di kilang proses binaan, semalam. Ihsan Foto: JBPM

SIMPANG AMPAT – Sebuah kilang perkakasan, hardware terbakar kira-kira 40 peratus  dalam kejadian di Simpang Ampat, Pulau Pinang, semalam.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohamad Tarmizi Abdul Salam, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 5.45 petang.

Sejurus menerima panggilan itu, anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Bakap telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kilang yang berkeluasan 200×100 kaki persegi telah terbakar sebanyak 40 peratus.

“Bagaimanapun, tiada sebarang mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Kerja-kerja pemadaman telah dilakukan oleh semua pasukan bomba serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan.

Beliau menambah, kebakaran dapat dikawal pada jam 6.20 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.51 malam.

“Operasi ini tamat pada jam 5.40 pagi tadi sebelum kami menyerahkan penyiasatan kejadian kepada pegawai penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

“Kerja-kerja  ‘overhaul’ juga telah dijalankan bagi memastikan tiada bahaya yang lain dan punca api berlaku,” jelas Tarmizi lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast