Kilang dengan keluasan 200x300 kaki persegi dianggarkan musnah sehingga 40 peratus. - Gambar ihsan bomba

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang terbakar dalam kebakaran di Jalan Padang Meha, Kulim, Kedah, malam tadi.

Komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hisham Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.27 malam.

“Seramai 38 orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech dan Kulim telah digerakkan ke lokasi kejadian. Bantuan daripada Tasek Gelugor turut digerakkan tidak lama selepas itu,” katanya.

Menurut beliau, kilang dengan keluasan 200×300 kaki persegi itu dianggarkan musnah sehingga 40 peratus.

Kerja-kerja ‘overhaul’ telah dijalankan sehingga selesai dan kebakaran dapat dikawal pada jam 11.30 malam.- MalaysiaGazette.