KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) , Sultan Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara adalah antara tumpuan utama dalam pemerintahan baginda.
Baginda memaklumkan perkara itu dalam hantaran di Facebook selepes berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Istana Negara.
“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees,” titah baginda sambil menyerahkan madu sebagai simbolik berakhirnya ‘bulan madu’.
Pertemuan itu berlangsung kira-kira 30 minit pagi tadi, menyaksikan Azam mempersembahkan perkembangan terkini agensi penguatkuasaan itu. – MalaysiaGazette