Majlis penutup Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABGR) 2024 telah disempurnakan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘Ekspo Pesta Raya Terbesar’ di Malaysia.

Pengarah My Events International, Datin Sabrina Abdullah yang mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya telah merekodkan lebih daripada sejuta pelawat sepanjang dua hari festival tersebut berlangsung dan menjangkakan sejuta lagi akan hadir pada hari terakhir.

Pengiktirafan itu berlangsung pada majlis penutup ABGR, disempurnakan Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri
Malaysia,  Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Pengasas bersama program itu, Sharifah Nadiyah berkata, sudah menjadi semangat dan misi mereka untuk memastikan Absolut Bazaar Gaya Raya menjadi festival raya pilihan rakyat Malaysia.

“Kami menyediakan one stop centre di mana anda boleh membeli-belah, berbuka puasa, menunaikan solat tarawih dan bersahur di sini.

“Semuanya disediakan sesuai dengan keselesaan pengunjung kami,” katanya menerusi kenyataan.

Festival itu akan kembali pada tahun hadapan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC), di sini, pada 21 hingga 24 Mac 2025. – MalaysiaGazette