Noor Syafiqa.

BUKIT MERTAJAM –  Polis sedang mengesan seorang wanita yang juga saksi bagi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Butterworth pada 4 dan 5 April ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, Noor Syafiqa Norazlizam, 29 tahun dikesan tinggal di alamat terakhir di Solok Muhibbah 5 B, Garden Kampung Baru, di sini.

“Saksi tersebut diperlukan untuk satu kes perbicaraan mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Justeru, kita memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan saksi kes berkenaan atau Noor Syafiqa tampil sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Mohd Helmi, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noorakma Mohd Adzli di talian 017 583 8577 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette