PUTRAJAYA – Mesyuarat jemaah menteri hari ini bersetuju untuk mengembalikan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Jurucakap kerajaan perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun proses peralihan itu bergantung kepada unit khas berkenaan.
“Jemaah menteri membuat keputusan MITRA akan dikembalikan ke JPM, mengenai penguatkuasaan bila akan dipindahkan kita boleh rujuk kepada pihak MITRA,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, perkara itu diputuskan secara bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.
Sebelum ini, bekas pengerusi MITRA, Datuk R Ramaman menggesa agar unit tersebut diletakkan semula di bawah JPM.
Langkah itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, terutamanya masyarakat India yang melihat Mitra sebagai aset dan sayap komuniti India lebih ‘selesa’ berada di bawah kawal selia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, MITRA sebelum ini dikenali sebagai Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014, sebelum dijenamakan semula menjadi pada 2018, diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara.
Namun pada September 2022 ia dipindahkan di bawah seliaan JPM.
Bagaimanapun pada Disember lalu, MITRA diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan dengan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi MITRA menggantikan Ramanan pada Feburari lepas. – MalaysiaGazette