Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Polis sudah mengedarkan 350 borang balik kampung sempena cuti pada Syawal ini.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Wan Busu berkata, masyarakat diminta mengemukakan maklum balas segera bagi memudahkan pengurusan gerak kerja pihak berkuasa.

“Kita memerlukan  borang maklum balas kampung bagi memudahkan pihak polis menjalankan pemantauan dan rondaan secara kerap di kediaman atau premis yang ditinggalkan sepanjang tempoh cuti perayaan Aidilfitri.

“Kita mahu memastikan masyarakat mempunyai kesedaran dan memainkan peranan iaitu tanggungjawab bersama dalam usaha mencegah berlakunya jenayah.

“Kita harus menyayangi harta benda sendiri pada musim perayaan akan mewujudkan peluang dan ruang kepada penjenayah melakukan jenayah khususnya pecah rumah,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata demikian ketika ditemui media sejurus mengedarkan borang balik kampung di beberapa institusi kewangan dan premis di sekitar daerah ini.

Selain itu, katanya, edaran borang tersebut dilakukan di Bazar Ramadan Mahkota Square, bazar Aidilfitri Bukit Sekilau dan di bandar.

Tambahnya, selain daripada  pengedaran borang balik kampung secara manual, masyarkat boleh memuat turun  aplikasi mudah alih Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk memaklumkan pulang berhari raya.

Dalam pada itu beliau  menasihati pengguna meningkatkan keselamatan harta peribadi dengan menyediakan kunci tambahan.

Langkah berkenaan perlu bagi memastikan keselamatan harta benda dan mengelakkan berlaku kes kecurian menjelang musim perayaan. – MalaysiaGazette