Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah pagi ini.

Menurut Dr. Muhammad Akmal, beliau dijadualkan akan memberi keterangan di Ibupejabat Polis Dang Wangi (IPD)  esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu  akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Video Berkaitan

@malaysiagazette

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Dr. Muhammad Akmal Saleh mendakwa telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pagi ini. Menurut Dr. Muhammad Akmal, beliau dijadualkan akan memberi keterangan di IPD Dang Wangi esok. malaysiagazette PDRM DrAkmalSaleh

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Dalam kenyataan ringkas di media sosial, beliau menegaskan tidak akan berganjak terhadap ‘pendirian’ yang telah dibuat.

“Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan. Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” katanya.

Dr. Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin menjadi sasaran banyak pihak terhadap seruan memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang terpalit kontroversi penjualan stoking ada kalimah Allah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast