M.Kumar

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes perast ugut.

Mereka direman hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumaar berkata, pihaknya menerima satu laporan polis semalam daripada seorang lelaki tempatan yang mendakwa diperas ugut wang sebanyak RM2,000 oleh dua anggota polis ketika berada di bangunan itu pada 2 April lalu.

Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui bangunan berkenaan untuk pemeriksaan imigresen, dia telah ditahan oleh kedua-dua suspek kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.

“Suspek telah memeras ugut mangsa supaya membayar wang berjumlah RM2,000 bagi mengelakkan daripada ditangkap dan ditahan di lokap polis,” katanya.

Mereka yang berumur antara 32 dan 33 tahun itu ditahan sekitar jam 1.50 petang.

Ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dengan sebatan atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Kenapa masih wujud lagi spesis yg suka menyusahkan rakyat dalam PDRM. Adakah tujuan dan niat utama semasa memohon jawatan dulu untuk memungut rasuah atau sengaja untuk mencemarkan imej PDRM. Tindakan tegas sepatutnya diambil tanpa perlu melalui berbagai kerenah birokrasi untuk menghalau spesis begini hidup dan membiak dlm pasukan.

Comments are closed.