Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berpuashati dengan permohonan maaf dan penjelasan syarikat Vern’s Holding Sdn Bhd mengenai isu logo mirip kalimah Allah pada kasut tumit tinggi keluarannya.

Dr Muhammad Akmal Salleh berkata, lebih positif, syarikat itu telah menghentikan pengeluarannya.

“Alhamdulilah penjelasan dari syarikat Vern’s telah diberikan.
Salah faham telah terungkai bahawa ia bukanlah kalimah Allah tetapi ia adalah logo kasut bertumit tinggi dan syarikat juga telah menghentikan pengeluaran kasut ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat atas penjelasan yang memberikan kelegaan kepada semua umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, Dr Muhammad Akmal mahu syarikat berkenaan memberi penjelasan ekoran laporan ada kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya dan Pemuda UMNO memberi tempoh selama 24 jam kepadanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast