Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyerahkan zakat bernilai RM10 juta kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Nasri Md Ali.

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun ini.

Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasri Md Ali dan disaksikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, seramai 194 kakitangan Istana Negara dan pekerja pengurusan fasiliti Istana Negara serta Istana Melawati di Putrajaya menerima sumbangan beras kurniaan Sultan Ibrahim.

Kurniaan baginda kepada kakitangan gred jawatan 11 dan 14 itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim di Dewan Mulia, Istana Negara pada 5 April lalu.

Sepanjang bulan Ramadan tahun ini, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan peribadi 25,000 kampit beras 10 kilogram kepada asnaf sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast