KUALA LUMPUR – Arab Saudi menetapkan esok atau 10 April ini sebagai Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam di negaranya.
Memetik laporan News 18, penentuan itu berikutan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan semalam di Arab Saudi.
Selain itu, Indonesia juga akan menyambut hari raya Hari Raya Aidilfitri secara serentak bersama organisasi Islam di negara itu esok.
Timbalan Menteri Agama, Saiful Rahmat Dasuki berkata, Aidilfitri akan disambut bersama bagi seluruh umat Islam di seluruh Indonesia.
Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Islam Morocco pula mengumumkan cerapan bagi melihat anak bulan akan dilakukan hari ini.
Dalam pada, itu India dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri Khamis ini.
Di Malaysia pula, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan petang ini di 29 lokasi di seluruh negara. – MalaysiaGazette