Gambar media sosial

KUALA LUMPUR – Fenomena gerhana matahari penuh telah bermula di benua Amerika Utara pukul 11 pagi waktu tempatan atau 11 malam waktu Malaysia malam tadi.

Ini menjadi peluang yang jarang berlaku untuk orang ramai melihat langit petang bergelap seketika.

Bagaimanapun rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan gerhana matahari penuh kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di negara ini.

Fenomena itu menjadi trend di media sosial terutama mereka yang tinggal di benua Amerika. – MalaysiaGazette