Omoda 5 keluaran Chery

KUALA LUMPUR – Semua pemeriksaan yang dijalankan oleh kedua-dua Chery Auto Malaysia (Chery) dan Puspakom tidak menemukan sebarang penemuan buruk berhubung isu brek pada kenderaan Omoda 5 yang tular baru-baru ini.

Chery dalam satu kenyataan berkata, penemuan tersebut mengesahkan Omada 5 sememangnya selamat, dan sistem brek adalah memuaskan seperti yang ditunjukkan dalam keputusan ujian Puspakom.

Siasatan itu dijalankan sebagai tindak balas kepada aduan tular pada 6 April yang mana seorang pemilik Omoda 5 meluahkan kekecewaan dan kemarahannya terhadap syarikat automotif China.

Pemilik itu mendakwa kenderaannya mengalami kerosakan brek tetapi tidak ditangani walaupun sudah membawa masalah itu berkali-kali.

Sepanjang proses penyiasatan Chery berkata, perkhidmatan pelanggannya telah berhubung rapat dengan pelanggan itu dan telah memastikannya dikemas kini semasa pasukan teknikal Chery menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kenderaan tersebut.

Kenderaan itu juga dihantar ke Puspakom, yang mana pemeriksaan menyeluruh dijalankan oleh syarikat pemeriksaan kenderaan, untuk penilaian yang saksama.

Pemeriksaan 10 mata di Puspakom termasuk ujian brek untuk menilai kecekapan, ketidakseimbangan dinamik, kehabisan, daya sisa dan brek letak kereta untuk memastikan prestasi brek yang optimum.

“Pelanggan telah dimaklumkan dan pasukan kami telah menjelaskan keputusannya kepadanya. Kami juga telah memberikannya laporan komprehensif yang memperincikan penemuan semua pemeriksaan,” katanya.

Kumpulan Chery, termasuk Chery Auto Malaysia, mengutamakan keselamatan para pelanggannya.

Semua produk Chery yang diedarkan di lebih 80 negara memenuhi piawaian tertinggi sebelum penghantaran kepada pelanggan mencerminkan komitmennya terhadap keselamatan dan kepuasan mereka,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette