KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera darat cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Beruntung, Selangor, hari ini.
Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zaffrool Md Zahri berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 9.41 pagi itu melibatkan sebulah lori milik Angkatan Tentera Malaysia dengan sebuah lori orang awam.
“Lima orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan,” katanya.
Mangsa yang berusia lingkungan 20an didapati tersepit di bahagian kaki dan diserahkan kepada petugas perubatan KKM untuk menerima rawatan selanjutnya. – MalaysiaGazette