PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SIBU – Polis menahan empat individu termasuk dua penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan kes pengeluaran wang menerusi Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGumis) berjumlah lebih RM175,000 dipercayai menggunakan dokumen palsu.

Tiga daripada mereka termasuk seorang wanita ditangkap hari ini manakala seorang lagi diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili yang mengesahkan tangkapan berkenaan ketika dihubungi turut memaklumkan dua lagi individu merupakan orang awam.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya bertindak atas tiga laporan oleh pengadu yang berlainan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Sibu hari ini membenarkan permohonan reman terhadap keempat-empat individu berkenaan yang berusia antara 29 dan 42 tahun bermula hari ini hingga 18 April.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memalsukan dokumen. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast