ANKARA – Beberapa syarikat penerbangan utama telah membatalkan laluan ke Tel Aviv, Israel di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu.
American United Airlines membatalkan penerbangan ke Tel Aviv pada hari Isnin.
Ia juga membatalkan penerbangan dari Washington Dulles ke Amman, Jordan.
Syarikat penerbangan itu memberitahu Anadolu dalam satu kenyataan, ia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan akan membuat keputusan mengenai penerbangan akan datang kerana keutamaan adalah kepada keselamatan pelanggan dan anak kapal.
Tambahnya, semua kru United Airlines di rantau itu telah dipindahkan.
Syarikat tersebut, katanya, masih menyambung semula penerbangan berjadual tetap antara Newark Liberty dan Dubai.”
Air Canada dalam satu kenyataan berkata, ia menghentikan operasi ke dan dari Tel Aviv pada Ahad, 14 April 2024.
“Penerbangan ke dan dari Tel Aviv pada hari Isnin, 15 April dan Selasa, 16 April dibatalkan, katanya, sambil menambah penerbangan seterusnya dari Toronto adalah pada 18 April.
“Kami kekal berhubung dengan Kerajaan Kanada dan akan terus memantau keadaan dengan teliti, menyesuaikan dengan sewajarnya,” katanya.
Beberapa syarikat penerbangan Barat juga telah menggantung penerbangan ke Iran.
Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dan Austrian Airlines membatalkan perkhidmatan ke Tehran sekurang-kurangnya sehingga 18 April, menurut laporan media.
Perkhidmatan terus Qantas dari Perth ke Lapangan Terbang Heathrow London juga telah ditangguhkan kerana penerbangan jauh hanya boleh dilakukan dengan menggunakan ruang udara Iran. – Agensi