Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menubuhkan task force dengan tujuan untuk mengesan ladang-ladang yang disyaki menjadi tempat simpanan ternakan yang tidak diketahui punca bekalan.

Langkah ini dilakukan susulan peningkatan jualan kambing dengan harga luar biasa murah kerana dikhuatiri bekalan diperolehi daripada punca yang tidak dapat dikenalpasti status kesihatan ternakan berkenaan.

DVS berkata, ladang-ladang yang dikenalpasti ini akan dibuat pemantauan secara proaktif dari sudut tahap kesihatan ternakan ladang.

“Jika ada ternakan ladang tersebut diuji positif sebagai pembawa penyakit, ia akan dikuarantin dan tindakan kawalan penyakit akan dibuat.

“Tindakan ini bagi mengekang penularan penyakit ternakan dan jangkitan penyakit zoonotik kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini susulan isu penjualan kambing sama ada hidup atau disembelih yang tular di dalam negara kebelakangan ini.

Pada masa sama, DVS menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh mengenai tawaran atau promosi ternakan yang berharga luar biasa murah dari pasaran kerana dikhuatiri dibekalkan tanpa melalui pemeriksaan kesihatan veterinar yang diperlukan bagi sebarang pemindahan dan penyembelihan ternakan.

Selaku pembeli, mereka boleh meminta penjual menunjukkan permit pemindahan ternakan dan sijil kesihatan serta mengenalpasti tag ternakan atau apa-apa tanda pengenalan untuk kepastian ternakan telah diperiksa oleh DVS.

DVS berkata, jabatan ini sentiasa komited dalam memastikan bekalan daging negara ini adalah bebas dari sebarang penyakit, selamat untuk dimakan serta tidak memberi risiko ancaman penyakit kepada industri ternakan negara.

Menurutnya, bagi ternakan yang dibawa masuk dari luar negara, proses kuarantin adalah diwajibkan bertujuan memastikan ternakan berkenaan benar-benar sihat.

Ia kerana, ternakan yang tidak melalui proses kuarantin dan tidak diketahui status kesihatannya dikhuatiri boleh membawa pelbagai penyakit ternakan dan lebih membimbangkan penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia.

Penyakit zoonotik boleh merebak kepada manusia melalui kontak secara langsung dan tidak langsung dengan haiwan dijangkiti, pengambilan makanan dan melalui vektor (seperti kutu, nyamuk dan lain-lain).

“Antara penyakit zoonotik yang boleh tersebar melalui haiwan ternakan adalah anthrax, brucellosis, leptospirosis dan chlamydiosis. Pembeli ternakan berkemungkinan besar mempunyai risiko djangkiti penyakit-penyakit zoonotik seperti yang dinyatakan jika ternakan yang dibeli tidak diketahui status kesihatan.

“Risiko penyebaran penyakit kepada ternakan sedia ada semakin tinggi jika pembelian berkenaan bertujuan untuk diternakm: katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan ini boleh menyebabkan kerugian akibat kematian yang tinggi, kos pengurusan kawalan
penyakit yang meningkat, sekaligus menggugat industri ternakan negara.

 

 

 

bagi ternakan yang dibawa masuk dari luar negara, proses kuarantin adalah diwajibkan bertujuan
memastikan ternakan berkenaan benar-benar sihat.

Ia kerana, ternakan yang tidak melalui proses kuarantin dan tidak diketahui status kesihatannya dikhuatiri boleh membawa pelbagai penyakit ternakan dan lebih membimbangkan penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia.

Penyakit zoonotik boleh merebak kepada manusia melalui kontak secara langsung dan tidak langsung dengan haiwan dijangkiti, pengambilan makanan dan melalui vektor (seperti kutu, nyamuk dan lain-lain).

“Antara penyakit zoonotik yang boleh tersebar melalui haiwan ternakan adalah anthrax, brucellosis, leptospirosis dan chlamydiosis. Pembeli ternakan berkemungkinan besar mempunyai risiko djangkiti penyakit-penyakit zoonotik seperti yang dinyatakan jika ternakan yang dibeli tidak diketahui status kesihatan.

“Risiko penyebaran penyakit kepada ternakan sedia ada semakin tinggi jika pembelian berkenaan bertujuan untuk diternakm: katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan ini boleh menyebabkan kerugian akibat kematian yang tinggi, kos pengurusan kawalan
penyakit yang meningkat, sekaligus menggugat industri ternakan negara.

Ladang-ladang yang dikenalpasti ini akan dibuat pemantauan secara proaktif oleh DVS dari sudut tahap kesihatan ternakan ladang.

Jika ada ternakan ladang tersebut diuji positif sebagai pembawa penyakit, ia akan dikuarantin dan tindakan kawalan penyakit akan
dibuat. Tindakan ini bagi mengekang penularan penyakit ternakan dan jangkitan penyakit zoonotik kepada orang ramai.

DVS menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh mengenai tawaran atau promosi ternakan yang berharga luar biasa murah dari pasaran kerana dikhuatiri dibekalkan tanpa melalui pemeriksaan kesihatan veterinar yang diperlukan bagi sebarang pemindahan dan penyembelihan ternakan.

Selaku pembeli, boleh meminta penjual menunjukkan permit pemindahan ternakan dan sijil kesihatan serta mengenalpasti tag ternakan atau apa-apa tanda pengenalan untuk kepastian ternakan telah diperiksa oleh DVS.

DVS ingin memaklumkan bahawa jabatan ini sentiasa komited dalam memastikan bekalan daging negara ini adalah bebas dari sebarang penyakit,
selamat untuk dimakan serta tidak memberi risiko ancaman penyakit kepada industri ternakan negara.

“Kami kerap mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang melanggar perundangan veterinar terutamanya berkaitan
pemindahan dan penyembelihan kambing,” ujarnya sambil memohon orang ramai untuk membuat aduan secara rasmi kepada
DVS ini sekiranya mempunyai maklumat tentang ternakan yang disyaki diseludup di talian 03-8870 2000. – MalaysiaGazette