TEMERLOH – Insiden membuang dan membakar beras di tapak pelupusan sampah haram Rumpun Makmur di sini sebenarnya sudah berlaku lebih daripada tiga kali.
Penduduk mendakwa cuma insiden kebakaran yang tular baru-baru ini melibatkan jumlah beras dan barangan makanan pada kuantiti lebih banyak.
Abdul Basir Mohd Sharif, 46, berkata , insiden berkenaan mula disedari sejak tahun 2022 lagi namun apa lebih dikesalkan semalam merupakan insiden terbesar membakar beras.
”Sebenarnya kejadian buang beras ini sudah berlaku tiga kali. Yang kali pertama dan kali kedua tak banyak sangat tapi yang baru-baru ini paling banyak dibuang.
”Seingat saya rasa dua tahun lepas, memang saya sangat sedih sangat sebab dalam keadaan ekonomi dengan beras mahal, bila buang banyak begini terasalah,” katanya.
Penduduk yang berasal dari kampung Gunung Senyum itu berpendapat, barangan makanan yang dibuang berkemungkinan telah luput namun lebih dikesali mengapa ia tidak diagihkan kepada rakyat lebih awal.
Tambahnya, persoalan timbul mengapa beras sebegitu banyak rosak dan beras disorok terlalu lama tanpa diagihkan di kala negara menghadapi stok beras yang terhad.
Baginya, perkara tersebut tidak wajar ekoron barangan asas tersebut semakin mahal.
”Mungkin beras yang dibuang ialah barang rosak kerana sudah disimpan terlalu lama, kita nak tahu punca rosak.
”Mujur sedar dalam aplikasi media sosial bila dapat tahu terus datang nak tengok apa yang boleh guna. Beras tu memang dibuang beratus pek, masa sampai itu sudah ada orang kutip,” katanya kepada MalaysiaGazette.
ARTIKEL BERKAITAN:
Manakala Roslan Awang Mohamad, 57, mengharapkan insiden pembakaran beras yang berlaku tidak lagi berulang.
Beliau menyifatkan perbuatan itu tidak bertanggungjawab selain menganggap sebagai menipu rakyat oleh pemimpin tempatan.
”Tegamak buat sebegini (bakar beras). Tidak mengasihani rakyat. Sepatutnya barang ini seperti beras, tepung, gula susu bagi kepada asnaf tapi dibuang begitu sahaja, haraplah ini kali terakhir dibuang.
”Semalam memang banyak beratus beg dan difahamkan ada yang disimpan ada lagi. Wallahuaalam,” katanya.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan sebuah rakaman tular perbuatan membakar beras di sebuah tapak pelupusan sampah yang mendapat 1.5 juta tontonan.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said tampil mengakui isu tular beras dan barangan makanan lain yang dibuang adalah miliknya hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau mohon maaf isu pembuangan beras
Ismail yang mengambil tanggungjawab terhadap isu tersebut membuat permohonan maaf dan menyatakan rasa kesal atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur berkenaan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN :
Harap harap manusia ini boleh dianggap sebagai pengkhianat. bangsa, memang patut mendapat KIFARAH ALLAH. kita sama sama tunggu apa bala yg bakal diterima nanti.