Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Gerakan negeri, Chek Kwong Weng

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Perak kecewa dengan kerajaan negeri yang menaikkan tarif air sebanyak lima sen.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Gerakan negeri, Chek Kwong Weng menyifatkan kenaikan tersebut membebankan golongan B40 meskipun jumlahnya tidak tinggi.

Katanya, keputusan berkenaan bercanggah dengan pendirian kerajaan negeri berkenaan yang tidak mahu membebankan rakyat.

“Tetapi selepas Hari Raya Aidilfitri ini nampaknya kerajaan negeri Perak yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) seakan-akan memantau angpau lima sen daripada rakyat.

“Saya hairan, kenapa tidak menaikkan caj air yang dijual kepada Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Perak lebih suka susahkan rakyat daripada kerajaan negeri dan rakyat negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kwong Weng dalam pada itu mengingatkan supaya kerajaan negeri Perak memastikan kenaikan tarif seiring dengan kualiti air yang dibekalkan.

“Paip-paip lama mesti 100 peratus diganti dengan yang baharu untuk pastikan kualiti air yang dibekalkan jernih,” katanya lagi.

Semalam Pejabat Menteri Besar Perak dilaporkan berkata, tarif baharu air bagi kategori domestik dinaikkan pada kadar lima sen bagi setiap meter padu bermula 1 Mei ini.

Penetapan selepas selepas 18 tahun itu menjadikan ini kadar baru tarif air adalah 75 sen per meter padu bagi penggunaan sehingga 20 meter padu sebulan.

Manakala bagi penggunaan 21 hingga 35 meter padu sebulan, ia ditetapkan pada kadar RM1.08 berbanding RM1.03 sebelumnya.-MalaysiaGazette