KUALA LUMPUR – Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) mengecam tindakan rejim Israel mempercepatkan dan memperluas penempatan haram di Baitulmaqdis Timur.
Media melaporkan, 20 projek baharu dilancarkan sejak Israel menyerang dan mengembom Gaza sejak enam bulan lalu.
Penasihat MAHAR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengambil kesempatan di tengah – tengah pembantaian dan pembunuhan yang dilakukan oleh di Semenanjung Gaza.
“Ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk ‘membanjiri Baitulmaqdis dengan penempatan dan penerokaan haram Israel, sekali gus memisahkannya persekitaran Palestin,” katanya.
Kejadian terbaharu di kem pelarian Nur Shams dalam bandar Tulkarem,Tebing Barat telah memyebabkan 14 orang dibunuh dan puluhan cedera.
Penempatan Israel di wilayah yang diduduki adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa,namun tidak diendahkan oleh rejim zionis kerana tidak pernah dikenakan sebarang tindakan atau hukuman daripada agensi antarabangsa.
Sehingga kini 468 orang telah syahid di Tebing Barat termasuk 120 daripadanya adalah kanak-kanak.
MAHAR menyeru masyarakat sivil tempatan dan antarabangsa untuk terus memberi keutamaan dalam usaha menyelamatkan nyawa penduduk Palestin.
Katanya, Israel perlu didesak untuk melakukan gencatan senjatan dan tentera zionis perlu meninggalkan Gaza dan Tebing Barat.
Tindakan Israel menyerang Iran serta negara-negara jiran juga dilihat sebagai satu helah mengalih perhatian daripada perbuatan terkutuk yang oleh mereka terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
Perkara yang lebih merisaukan adalah rancangan Israel untuk menyerang Rafah dimana lebih 1.3 juta penduduk Gaza yang telah kehilangan tempat tinggal sedang berlindung di kem-kem pelarian.
Sementara itu, sebagai usaha untuk memberi bantuan kepada masyarakat Gaza secara berterusan MAHAR bersama-sama rakan NGO lain melancarkan Dapur Ihsan yang akan menyediakan makanan masak kepada keluarga pelarian di sekitar Deir al Balah.
Dapur ini berkemampuan menyediakan 49,000 hidangan sehari dengan kelolaan 14 tukang masak dan 25 orang sukarelawan.
Pada bulan Ramadan ini sahaja melalui sumbangan daripada orang ramai jumlah pengeluaran makanan untuk berbuka puasa mencecah lebih satu juta hidangan. – MalaysiaGazette