KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024 berbanding AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette