Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai tidak memuat naik
atau menyebarkan
insiden dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada pagi tadi.

Menurut kenyataan SKMM, mereka yang telah memuat naik video melibatkan insiden berkenaan diminta memadamkannya.

“Pengguna Internet perlu lebih sensitif dan menghormati keluarga mangsa yang ketika ini sedang bersedih di atas kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka,” katanya.

Menurutnya, mereka yang memuat naik sebarang penghantaran komunikasi yang boleh mengancam, menyakitkan hati atau mengganggu orang lain boleh didakwa di bawah AKM1998. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast