Situasi terkini di Kompleks Sukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut berkenaan kemalangan 2 buah pesawat TLDM terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja mengeluarkan 10 nama kru yang terlibat dalam nahas dua helikopter pagi tadi.

Mereka terdiri daripada tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec.

Kru TLDM yang terkorban adalah seperti berikut:

a. Pesawat HOM (M503-3) – 4 orang kru dan 3 penumpang:
(1) Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.

(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
(4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.
(5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
(6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
(7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

b. Pesawat Fennec (M502-6) – 3 orang kru:
(1) Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
(2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
(3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

 

Senarai korban nahas helikopter TLDM di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak berserta gambar masing-masing.

 

Sumber TLDM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dalam kenyataan itu, TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Menurutnya, pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut. – MalaysiaGazette