LONDON – Inter Milan menundukkan AC Milan 2-1, sekali gus mengesahkan kejuaraan Serie A awal pagi tadi menerusi kemenangan keenam berturut-turut pada aksi seteru tetangga, awal pagi tadi.
Inter kini selesa mendahului di puncak liga dengan kelebihan 17 mata ke atas Milan, sekali gus memastikan kejuaraan ke-20 mereka dengan berbaki lima perlawanan musim ini.
Kali terakhir Inter memenangi Serie A adalah pada 2021, diikuti AC Milan pada 2022 dan Napoli tahun lalu.
Ia merupakan kejuaraan sulung Simone Inzaghi sebagai pengurus di depan penyokong Inter seramai 75,000 orang apabila ketika kejayaan mereka disambut dengan bunga api dari bangku penonton selepas wisel penamat.
Inter muncul pasukan kedua memenangi kejuaraan liga Itali 20 kali dan akan mempunyai dua bintang di jersi mereka, selepas Juventus yang jauh mendahului dengan 36 mahkota kejuaraan. – Agensi