S Sasikala Devi

SHAH ALAM – Seramai 642 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi Subramaniam berkata, kesemua mereka akan memastikan kelancaran proses penamaan calon selain ketenteraman awam pada hari tersebut.

“Pada hari undi awal 7 Mei dan hari mengundi biasa 11 Mei nanti anggota dan pegawai akan memastikan keselamatan orang ramai keluar mengundi bagi mengelak dari sebarang masalah,” katanya yang ditanya mengenai persiapan polis menjelang PRK Kuala Kubu Bharu.

Dalam pada itu, menurut Sasikala Devi, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor akan memberi taklimat kepada parti-parti yang bertanding mengenai peraturan berkempen.

Tambah beliau, permit kempen boleh dipohon sejurus selepas selesai proses penamaam calon.

Sementara Sasikala Devi memberitahu, seramai 625 pegawai dan anggota polis dan 238 anggota tentera akan mengundi awal pada 7 Mei depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast