KUALA LUMPUR – Tindakan seorang ahli akademik asing menuduh pemimpin Malaysia menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap penganut Yahudi tidak boleh dipandang ringan.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan profesor sains politik Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley pada sesi syarahan di Universiti Malaya (UM) itu jelas membuat tuduhan tersebut.
“Jika anda ke negara China dan mengkritik ideologi komunis di negara tersebut, boleh jadi anda tidak akan dapat keluar dengan selamat. Tak payah sebutlah jika ke Korea Utara dan berceramah mengkritik Kim Jong Un.
“Tetapi seorang profesor pro-Israel Amerika pada sesi syarahan di sebuah universiti tempatan semalam boleh secara terang-terangan mengkritik dasar luar Malaysia dalam isu Palestin.
“Bahkan profesor sains politik Universiti Negeri Portland itu secara jelas menyebut bahawa ahli politik negara ini menganjurkan holocaust kedua terhadap orang Yahudi. Kerajaan tidak mahu ambil apa-apa tindakankah?” soal beliau.
Sementara itu, Pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz turut menyelar kenyataan Gilley.
Tegasnya, institusi akademik harus berhati-hati dalam menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-zionis.
“Ini benar-benar mengelirukan dan tidak boleh diterima. Kenyataan beliau secara palsu menggambarkan matlamat Malaysia ke arah keamanan untuk negara Palestin yang merdeka.
“Kita tidak pernah menganjurkan holocaust kedua. Malah kerajaan Zionis Israel yang kini melakukan pembunuhan beramai-ramai pada setiap saat,” katanya dalam kenyataan.
Tular di media sosial Gilley yang dijemput sebagai panel program di UM bahawa pemimpin politik Malaysia menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap masyarakat Yahudi tular di Twitter.
“A country whose political leaders advocate a second holocaust againts the Jewish people will never be a friend or patner of the United States, keynote address on Malaysia foreign policy (Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi kawan atau pendamping Amerika Syarikat, ucaptama mengenai dasar luar Malaysia),” tulis beliau.
Dia bagaimanapun telah memadam perkongsian berkenaan di Twitter.
Terdapat satu lagi kenyataan Gilley yang mengkritik wartawan penyiaran Malaysia menyebut ‘Dari Sungai ke Sengara’ dan Israel Cuak.
“This is a long-standing vice of Malaysian politicians going back to Mahathir’s advice to learn from the Germans on how to kill Jews. Today TV news hosts end daily broadcasts with “From the River to the Sea” and “Israel Cuak”. (Ini adalah ‘maksiat lama’ ahli politik Malaysia kembali kepada nasihat Dr Mahathir untuk belajar daripada orang Jerman tentang cara membunuh orang Yahudi.
Hari ini hos berita TV menamatkan siaran harian dengan ‘Dari Sungai ke Laut’ dan ‘Israel cuak’,” katanya. – MalaysiaGazatte