Gambar hiasan.

KLANG – Seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan meniarap di sebuah rumah pagi tadi dipercayai sebagai mangsa bunuh di Taman Jaya, Kapar di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, mayat lelaki tempatan yang berusia 38 tahun itu ditemui dalam bilik tidur.

“Kita terima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian pada jam 11.39 pagi. 

“Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), empat orang lelaki dikesan masuk ke rumah berkenaan dengan bersenjatakan parang dan ‘taser gun’.

“Satu lagi  suspek menunggu dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di hadapan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Setakat ini kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif masih lagi disiasat. -MalaysiaGazette