Neow Choo Seong
Neow Choo Seong

KUALA LUMPUR – Profesor sains politik Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley yang pro-Zionis dan menuduh pemimpin Malaysia menganjurkan holocoust terhadap penganut Yahudi tidak layak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong menyarankan supaya kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri  bertindak tegas bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

“Kenyataan Bruce Gilley ketika memberikan ucaptama di sebuah program anjuran IPTA di Kuala Lumpur adalah biadab dan bersifat songsang.

“Melalui ciapan di laman X beliau juga, Gilley dilihat dengan begitu angkuh dan secara terbuka menyatakan bahawa negara yang pemimpinnya menyokong serangan terhadap orang Yahudi tidak berperanan dalam hal ehwal antarabangsa dan tidak layak berkawan dengan Amerika Syarikat.

“Gilley bukan sahaja kurang sensitif dan tidak menghormati dasar luar Malaysia, malah seolah-olah mencabar pendirian Malaysia yang konsisten dalam isu konflik Israel-Palestin ini,” katanya dalam kenyataan.

Choo Seong berkata, pendirian Malaysia dalam Palestin adalah sangat jelas dan konsisten dengan mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel yang menyasarkan penduduk di Gaza dan Tebing Barat.

Menurutnya, Israel juga melakukan serangan udara di kem pelarian Shati di utara Gaza ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

“Ternyata serangan berterusan oleh tentera Israel ke atas bumi dan rakyat Palestin bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

“Rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan kepada sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Mereka layak hidup dalam bumi sendiri dengan aman dan damai,” tegasnya.

Tular di media sosial Gilley yang dijemput sebagai panel program di Universiti Malaya menuduh pemimpin politik Malaysia menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap masyarakat Yahudi.

A country whose political leaders advocate a second Holocaust againts the Jewish people will never be a friend or patner of the United States, keynot address on Malaysia foreign policy (Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi kawan atau pendamping Amerika Syarikat, ucaptama mengenai dasar luar Malaysia),” tulis beliau.

Dia bagaimanapun telah memadam perkongsian berkenaan di Twitter.

Terdapat satu lagi kenyataan Gilley yang mengkritik wartawan penyiaran Malaysia menyebut ‘Dari Sungai ke Sengara’ dan Israel Cuak.

This is a long-standing vice of Malaysian politicians going back to Mahathir’s advice to learn from the Germans on how to kill Jews. Today TV news hosts end daily broadcasts with “From the River to the Sea” and “Israel cuak“. (Ini adalah ‘maksiat lama’ ahli politik Malaysia kembali kepada nasihat Mahathir untuk belajar daripada orang Jerman tentang cara membunuh orang Yahudi. Hari ini hos berita TV menamatkan siaran harian dengan ‘Dari Sungai ke Laut’ dan ‘Israel cuak’,” katanya. – MalaysiaGazatte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast