Bruce Gilley

KUALA LUMPUR – Profesor sains politik Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley yang pro-Zionis telah keluar dari Malaysia pagi ini.

Melalui hantaran di platform X, Gilley yang menuduh kerajaan Malaysia menganjurkan holocoust kedua terhadap orang Yahudi, mendakwa negara ini tidak selamat untuk dilawati.

“Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah di hadapan gerombolan Islamo-fasis yang ‘disebat’ oleh kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang,” katanya dalam hantaran kira-kira pukul 9.30 pagi.

Dalam satu perkongsian lain, pensyarah terbabit berkata, beliau tidak akan menerima bayaran perjalanan sehala dan hotel berjumlah AS$2,346 (RM11,000) daripada Universiti Malaya (UM) bagi program syarahan yang telah dilakukannya sebelum ini.

“Saya tidak akan menerima pembayaran balik kos perjalanan dan penginapan daripada Universiti Malaya akibat kelakuan memalukan dan kerajaan Malaysia.

“Bayaran $2,346 di sini meliputi penerbangan sehala saya ke Malaysia dan hotel saya. Terima kasih kerana menyokong,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjalankan kempen kutipan derma daripada umum secara dalam talian bagi menampung kos berkenaan.

Gilley yang dijemput sebagai panel program di Universiti Malaya menjadi tular selepas mendakwa pemimpin politik Malaysia menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap masyarakat Yahudi.

A country whose political leaders advocate a second Holocaust againts the Jewish people will never be a friend or patner of the United States, keynot address on Malaysia foreign policy (Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi kawan atau pendamping Amerika Syarikat, ucaptama mengenai dasar luar Malaysia),” tulis beliau.

Dia bagaimanapun telah memadam perkongsian berkenaan di Twitter.

Terdapat satu lagi kenyataan Gilley yang mengkritik wartawan penyiaran Malaysia menyebut ‘Dari Sungai ke Sengara’ dan Israel Cuak.

This is a long-standing vice of Malaysian politicians going back to Mahathir’s advice to learn from the Germans on how to kill Jews. Today TV news hosts end daily broadcasts with “From the River to the Sea” and “Israel cuak”. (Ini adalah ‘maksiat lama’ ahli politik Malaysia kembali kepada nasihat Mahathir untuk belajar daripada orang Jerman tentang cara membunuh orang Yahudi. Hari ini hos berita TV menamatkan siaran harian dengan ‘Dari Sungai ke Laut’ dan ‘Israel cuak’,” katanya.

Semakan mendapati dia telah dijemput sebagai penceramah bagi dua program di UM.

Program pertama bertajuk Will Malaysia Become An Active Middle Power anjuran Pengajian Strategik dan Antarabangsa pada 23 April serta Workshop: Reserch Methodology For Postgraduate Students anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM pada 24 April. – MalaysiaGazatte