Keratan layar media sosial Bruce Gilley.

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi mengarahkan Universiti Malaya (UM) menyiasat ceramah seorang profesor warga asing yang sarat dengan naratif pro-Zionis di kampus dan menuduh pemimpin Malaysia menganjurkan holocaust kedua terhadap masyarakat Yahudi.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang mahu laporan penuh daripada UM mengenai ceramah itu berkata, pihak kementerian  memandang serius berhubung isu yang berlaku.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

“Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera,” kata Zamry.

Beliau turut mengingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan.

Zamry menegaskan, setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan.

“Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia,” kata beliau memberikan peringatan.

Tuduhan Prof. Dr. Bruce Gilley yang dijemput sebagai panel proram di UM bahawa pemimpin politik Malaysia menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap masyarakat Yahudi tular di Twitter.

A country whose political leaders advocate a second Holocaust againts the Jewish people will never be a friend or patner of the United States, keynot address on Malaysia foreign policy (Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi kawan atau pendamping Amerika Syarikat, ucaptama mengenai dasar luar Malaysia),” tulis beliau.

Dia bagaimanapun telah memadam perkongsian berkenaan di Twitter.

Terdapat satu lagi kenyataan Gilley di Twitter yang mengkritik wartawan penyiaran Malaysia menyebut ‘Dari Sungai ke Sengara’ dan Israel Cuak.

This is a long-standing vice of Malaysian politicians going back to Mahathir’s advice to learn from the Germans on how to kill Jews. today TV news hosts end daily broadcasts with “From the River to the Sea” and “Israel cuak”. (Ini adalah ‘maksiat lama’ ahli politik Malaysia kembali kepada nasihat Mahathir untuk belajar daripada orang Jerman tentang cara membunuh orang Yahudi. Hari ini hos berita TV menamatkan siaran harian dengan ‘Dari Sungai ke Laut’ dan ‘Israel cuak’,” katanya.

Semakan mendapati dia telah dijemput sebagai penceramah bagi dua program di UM.

Program pertama bertajuk Will Malaysia Become An Active Middle Power anjuran Pengajian Strategik dan Antarabangsa pada 23 April serta Workshop: Reserch Methodology For Postgraduate Students anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM pada 24 April.-MalaysiaGazatte