Gambar hiasan.

SEREMBAN – Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat itu pada 2 petang daripada lelaki berusia 63 tahun yang sedang menjala ikan.

“Kita percaya lelaki yang hanya memakai seluar jean itu meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang mereput dan berbau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan tatu pada tangan kiri dan kanan lelaki itu, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai padanya.

Menurut Mohamad Hatta mayat berkenaan berkemungkinan hanyut dari Sungai Ulu Bendul dan sehubungan itu, orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast