JOHOR BAHRU – Seramai sebelas penjawat awam antara 49 individu yang ditahan ketika asyik berhibur di sebuah premis hiburan di Batu Pahat, pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, hasil siasatan pihak polis mendapati pusat hiburan berkenaan telah beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Kesemua individu berkenaan ditahan dalam satu operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, sekitar jam 1 pagi hingga 10 pagi.

Hasil saringan awal air kencing seramai 30 daripada mereka positif dadah.

“Ia melibatkan 24 warga tempatan dan enam warga asing terdiri daripada 24 lelaki, enam (perempuan) melibatkan 11 penjawat awam dan seorang remaja lelaki bawah umur didapati positif dadah jenis Methamphetamine, Ketamine dan Benzodiazepine.

“Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 17 tahun hingga 52 tahun manakala 11 penjawat awam yang ditahan berusia antara 24 tahun hingga 49 tahun.

“Polis turut menahan seorang lelaki Cina berusia 29 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis dan turut positif dadah serta menjalankan perniagaan melebihi had masa yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati premis tersebut mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan yang sah,” ,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, kesemua yang sitahan kini direman selama empat hari mulai 28 April sehingga 1 Mei depan untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah undang-undang Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 11(2) Enakmen Hiburan N egeri Johor 4/98 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – MalaysiaGazette