Tahun lalu, timbul dakwaan apabila rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang sedang bergolak susulan jarang memuat naik foto bersama.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer mencetuskan spekulasi apabila memuat naik hantaran gambar perkahwinannya dengan seorang wanita di media sosial hari ini.

Menerusi Instagram miliknya, Redza menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita terbabit.

“Bismillah. Perjalanan baharu bermula. Fokus adalah keluarga, karier dan masa hadapan bersama. Semoga Allah membalas kebaikan untuk doa-doa kalian.

“Semoga Allah SWT makbulkan segala doa-doa yang baik-baik kepada kalian dan pertemukan kebahagiaan yang dicari,” tulisnya.

Tahun lalu, timbul dakwaan apabila rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang sedang bergolak susulan jarang memuat naik foto bersama.

Malah menerusi satu temu bual bersama pemberita, Irma enggan mengulas mengenai dakwaan dia dan Redza sudah bercerai kerana tidak mahu bercakap soal kisah peribadinya.

Dia juga berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian mengenai perkongsiannya di Instagram.

Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. – MalaysiaGazette