Sebanyak 14 buah rumah terjejas akibat ribut dalam daerah Kuala Muda, Kedah.

SUNGAI PETANI – Sebanyak 14 buah rumah di beberapa buah kampung dalam daerah Kuala Muda rosak akibat kejadian ribut semalam.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Berapit di Mukim Pekula (1), Kampung Kuala Dahanan (1), Kampung Sri Gading (4) dan Kampung Jalan Sekolah Kebangsaan Jeniang (1) di Mukim Gurun.

Manakala Kampung Teluk Wang Besar (1), Kampung Teluk Wang Kechil (1), Kampung Bukit (3) dan Kampung Masjid (2) di Mukim Sungai Pasir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.

“Belum ada pusat pemindahan sementara yang dibuka dan ini merupakan kes ribut kelima yang dilaporkan berlaku di daerah Kuala Muda pada bulan ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan 10 buah rumah rosak akibat ribut pada 10 April lalu, kedua pada 12 April (membabitkan sebuah rumah), kes ketiga pada 13 April (14 buah rumah) dan keempat pada 24 April lalu membabitkan 15 buah rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast